Simpulan Bahasa


     Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan terdiri daripada dua patah perkataan. Dengan kata lain, simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Contoh:

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
  • Ada angin
(a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

  • Anak buah
(a) Orang  yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti penghulu.
(b) Anak saudara.
 
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. 
  • Muka talam; Muka tebal; Muka tembok
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.

  • Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.

Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa

1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.

Contoh:

Anak buah; Buah tangan; Lipas kudunng.
Kata Nama Am: anak, buah dan lipas

2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.

Contoh:

Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga.
Kata Kerja: ajak, buat dan pasang.

3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif.

Contoh:

Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati.
Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil

4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.

Contoh:

Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk.
Kata Nama Khas: semua di atas

5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.

Contoh:

Air pinang; Batu buyung; Makan bulan.
Nilai Kepercayaan: Semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.

Contoh Simpulan Bahasa dan Maksudnya.


SIMPULAN BAHASA
MAKSUD
 Ada angin
 Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
 Ada bakat
 Mempunyai tokoh atau perwatakan
 Air muka
 Rupa atau wajah seseorang
 Bahasa pasar
 Bahasa Malaysia yang tidak betul   
 tatabahasanya
 Banyak mulut
 Orang yang banyak cakap
 Batu Api
 Orang yang suka menghasut
 Cahaya mata
 Anak
 Cakar ayam
 Tulisan yang buruk
 Campur tangan
 Turut serta atau mencampuri urusan orang lain
 Dalam tangan
 Sudah pasti akan diperolehi
 Darah daging
 Anak kandung
 Durian runtuh
 Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
 Gaji buta
 Mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah
 Harga diri
 Maruah atau kehormatan seseorang
 Hati batu
 Degil atau keras hati
 Hidung tinggi
 Sombong atau tinggi diri
 Ikat perut
 Menahan lapar kerana berjimat
 Iri hati
 Cemburu atau menyimpan perasaan dengki
 Langkah kanan
 Bernasib baik
 Lidah cabang
 Kata-kata yang tidak dapat dipercayai



Untuk maklumat  lanjut, boleh klik SUMBER




No comments:

Post a Comment