Friday 21 November 2014



 
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)  menakrifkan peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian tertentu. Setiap peribahasa yang digubah adalah mengikut susunan yang tetap serta indah dan mudah difahami kerana ia dicipta dengan perkaitan terhadap benda hidup yang terdapat di sekeliling kita.
Selain penggunaan ayat yang menarik, peribahasa juga mengandungi makna tertentu yang tersirat, berkemungkinan sebagai sindiran mahupun sebagai nasihat, bergantung kepada penggunaannya di dalam ayat dan situasi penggunaannya ketika dituturkan.
Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, bandingan/kiasan dan kata-kata hikmat.

 

Yang kurik itu kundi,
     Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu Bahasa.