Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005) menakrifkan peribahasa
ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian tertentu. Setiap peribahasa yang digubah adalah mengikut susunan yang
tetap serta indah dan mudah difahami kerana ia dicipta dengan perkaitan
terhadap benda hidup yang terdapat di sekeliling kita.
Selain penggunaan ayat
yang menarik, peribahasa juga mengandungi makna tertentu yang tersirat,
berkemungkinan sebagai sindiran mahupun sebagai nasihat, bergantung kepada
penggunaannya di dalam ayat dan situasi penggunaannya ketika dituturkan.
Peribahasa boleh
dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan,
pepatah, bandingan/kiasan dan kata-kata hikmat.
Yang kurik itu
kundi,
Yang
merah itu saga,
Yang cantik itu
budi,
Yang indah itu Bahasa.
|
No comments:
Post a Comment