Bidalan

Bidalan merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar untuk dijadikan teladan.

Contoh Bidalan dan Maksudnya.


·         Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha

·         Alur tempur, jalan berturut
Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim

·         Belum duduk, sudah belunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira

·         Berbuat di alang, belayar di musim
Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai

·         Biar genting, jangan putus
Biar rugi sedikit, jangan rugi banyak

·         Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik

·         Biar putih tulang, jangan putih mata
Sanggup mati daripada menyerah kalah

·         Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Berbuar baik biar sekadar tetapi perbuatan jahat jangan sekali



Contoh Ayat
Apabila bersua dengan bakal abang iparnya, Imran tersenyum memikirkan kata-kata emaknya yang indah kabar dari rupa kerana bakal suami kakaknya itu tidaklah setampan pelakon yang digembut-gemburkan oleh emaknya.




  

No comments:

Post a Comment