Perumpamaan


     Perumpamaan merupakan salah satu peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada disekeliling. Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud tersirat. Biasanya perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana seperti dan umpama.

Contoh Perumpamaan dan Maksudnya.

PERUMPAMAAN
MAKSUD
Bagai aur dengan tebing
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh
bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang
kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai dihiris dengan sembilu
perasaan yang sangat sedih
Bagai duri dalam daging
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang
berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
membuat sesuatu kerja sambal lewa
Bagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan belaian kasih sayang
Bagai mencencang air
Membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai murai tercabut ekor
Seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperolehi
Bagai pinang dibelah dua/
Seperti cincin dengan permata
Pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus mambaiki labu
Merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Bagai abu di atas tunggul/
Seperti telur di hujung tanduk
Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing
Adik-beradik yang suka bergaduh

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik di sini. SUMBER



No comments:

Post a Comment