Pepatah



      Pepatah ialah sejenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.

Contoh Pepatah dan Maksudnya.

PEPATAH
MAKSUD
Ditelan mati emak, diluah mati bapa
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.

Harapkan pagar, pagar makan padi

Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
Barat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bekerjasama dan tolong-menolong.
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
Biar putih tulang, jangan putih mata

Rela mengorbankan nyawa daripada malu.
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.

Genggam bara api, biar sampai jadi abu
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya

Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya
Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.
Takut kerana salah, berani kerana benar
Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani.
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Buang yang jahat, ambil yang baik.

Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi
Mendapat sesuatu yang diingini.

Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini. SUMBER



No comments:

Post a Comment